بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ.. Demi Allah Yang Maha Esa, Sesungguhnya tidak disediakan jalan yang mudah untuk menuju cintaMu. Menitis air mata tatkala merindu. Menitis air mata tatkala merasakan semakin menjauh. Tetapi, janji Allah tetap segar dan mekar tanpa pengkhianatan. Kerana ku tetap yakini, Allah menyatakan “Wajiblah cintaKu kepada orang-orang yang berkasih sayang kepadaKu
Awak. Ya. Awak yang tengah baca ni. Saya tahu,jauh di sudut hati awak, Ada rahsia yang tersimpan. Ada tangisan yang tersembunyi. Ada harapan yang terlukis terang. Namun di situ, awak memilih untuk senyum. awak bertahan dalam diam. awak yakin dengan doa. Tapi saya percaya di sebaliknya, Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti. Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami, Awak serahkan hati awak sepenuhnya.Hanya untuk DIA. sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya. kerana hatimu teguh bersama Pencipta. =)